Monday, September 19, 2016

Note myself


"Lelaki yang baik untuk wanita yang baik , begitu jugak wanita yang baik untuk lelaki yang baik"
Betul la orang cakap, kita kena ubah diri kita dulu untuk cari yang lebih baik untuk diri kita.
Ubah secara istiqamah. Kita semua pernah melakukan dosa, tapi Allah bg kita peluang untuk bertaubat.
Salah satu bila kita rasa tak tenang, sebab kita terlalu banyak dosa yg lalu. Hidup ni sementara, tak salah kita nk happy,
enjoy dgn kawan2 . tapi berpada. Aku tulis bg pihak diri aku sendiri. Kadang2 bila aku sorang2, aku terfikir
apa yg aku pernah buat dulu,  aku terfikit kalau la Allah nak tarik nyawa aku bila2 masa sahaja boleh .
Selagi ada masa, ada ruang dan waktu, aku cuba jadi seorang lelaki yang lebh bertanggungjawab. Bertanggungjawab dari segi agama, sebagai seorang abang dan anak sulung. Sebab satu hari nanti, kalau aku dah ada family sendiri,
tanggungjawab lebih besar . Yela, kita selalu nak pasangan yg baik dan anak yag soleh-solehah. Kita juga kena pesan pada diri sendiri. Boleh ke aku bimbing mereka ? boleh ke aku didik mereka ke jalan yg betul? Pokok pangkalnya . Hati . Sentiasa sabar dan ikhlas dalam melaksanakan perintah Dia. Aku bukan ceramah, aku bukan ustaz , aku tau aku tak layak pun cakap mcm ni, aku cuba cari diri aku sendiri. Makin kita dewasa, kita akan nampak apa yg dihadapan.. Inshaallah aku cuba perlahan2 jadi diri ni lebih baik. Sebab aku segan bila kita nak kahwin , tapi ilmu belum cukup untuk bimbing keluarga kelak. Bina hubungan yang baik dgn Allah, dan Allah akan bg yang terbaik untuk hambanya. Allahualam. Inshaallah.

-SR-

mien's FOLLOWERS